26 September 2014
Minggu ketiga kuliah bagi kursus Teknologi Pendidikan dan juga bermulanya kelas tutorial. Kelas tutorial saya adalah bersama dengan Dr. Fariza Khalid. Kelas tutorial ini bermula dari pukul 3 hingga 5 petang pada setiap hari jumaat. Kelas tutorial ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara Dr. Fariza dan juga pelajar. Kemudian, Dr. Fariza memberi gambaran mengenai tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar secara individu dan juga kumpulan.
Antara tugasan individu yang perlu dilakukan adalah membina blog pendidikan. Blogspot atau Wordpress biasanya menjadi pilihan pelajar dalam pembinaan blog, tetapi dalam kelas tutorial ini, Dr. Fariza telah mengarahkan supaya para pelajar menggunakan Weebly dalam pembinaan blog pendidikan. Dr. Fariza mengajar 'step by step' cara untuk menggunakan Weebly ini iaitu bermulanya daripada 'Sign In' , fungsi setiap 'icon' untuk tujuan 'edit' sehinggalah kepada 'Sign Out'.
Dalam proses 'edit' ini. kita juga boleh menambah 'pages'. Tetapi, dalam proses untuk menambah 'pages' ini, kita mempunyai pilihan penambahan dan antaranya ialah 'standard page' dan 'blog page'. Terdapat perbezaan antara kedua-dua 'page' ini dan antaranya ialah apabila kita memilih 'blog page', 'post' yang dimuatnaik (update) adalah mengikut turutan iaitu yang baru akan berada diatas sekali tetapi apabila kita memilih 'standard page' pula, ianya tidak tersusun.
Saya berharap agar dapat mempelajari ilmu-ilmu baru yang masih belum saya terokai.