Teknologi Pendidikan
  • Reflection
  • About Me
  • Assignment
  • Blog Pendidikan

belajar perkara baru lagi....:)

12/6/2014

0 Comments

 
minggu ini belajar lagi benda baru ...apa dia,,hmm minggu inisaya belajar mengenai acadeia dan juga chatbox..chat box ini kita boleh daftar melalui cbox...dan saya juga ada akaun acedemia sekarang..dalam laman web ini kita boleh dapati pelbagai ilmu baru atau jurnal-jurnal yang barkaitan...

pada minggu ini juga dr. fariza mengingatkan kami mengenai perbentangan pada minggu depan...so...good luck...
0 Comments

wow...kamera...

11/14/2014

1 Comment

 
hari ini tutorial pensyarah saya bercerita tentang video. video ini memainkan peranan yang penting dalam merangsangkan pengajaran &pembelajaran. Selain itu, mempunyai elemen multimedia yang mana sudah pasti dapat meningkatkan prestasi pengajaran guru.

kelebihan video ialah dapat menunjukkan imej yang bergerak dan dapat mempercepatkan / melambatkan pergerakan dan juga boleh merakam.

hahh...tajuk yang paling saya suka adalah berkaitan dengan kamera. Saya ini tidaklah terlalu pandai untuk menangkap gambar yang cantik, tetapi saya sangat gemar akan kamera.

Antara jenis-jenis shot ialah big close, close up,medium shot dan waist shot, dan antara jenis-jenis lensa ialah wide angle lens, micro lense dan teleconweter...

i like camera....
1 Comment

grafik

10/22/2014

0 Comments

 
elemen grafik :
1. ruang
2. garis
3. permukaan
4. bentuk
5. warna
6.huruf

Panduan menentukan keseimbangan
1. penggunaan mata adalah cara terbaik menentukan keseimbangan.
2. elakkan meletakkan objek yang gelap diatas objek yang cerah/besar diatas kecil.
3. hukum graviti perlu diaplikasikan.
0 Comments

Minggu 5...

10/15/2014

1 Comment

 
10 Oktober 2014

Hari ini kelas tutorial dijalankan seperti biasa. Kelas tutorial hari ini dimulakan dengan sedikit penerangan dan perbincangan mengenai tajuk Media Tradisional. Media Tradisional terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bahan cetak, bahan percuma/terpakai dan bahan tayang. Kesemuanya mempunyai kelebihan dan kekurangannya. 

              Antara kelebihan bahan cetak ialah mudah dibawa, fleksibel, murah dan mesra pengguna. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangannya dan di antaranya ialah tahap pembacaan yang terhad, pengetahuan sedia ada dan persembahan satu hala. Kelebihan bahan percuma/ terpakai pula ialah pengetahuan terkini, penggunaan yang pelbagai dan pelajar boleh memanipulasi. kekurangannya pula ialah kuantiti yang terhad. 

             Selain itu, antara contoh bahan tayang pula ialah kapur dan papanhitam, papan buletin dan juga papan magnet. Ianya juga terbahagi kepada dua iaitu 'projected visuals' dan 'non-projected visuals'.

              
1 Comment

Minggu 4

10/8/2014

0 Comments

 
3 Oktober 2014
Hari ini merupakan minggu ke-4 bagi kursus Teknologi Pendidikan. Tajuk yang dibincangkan pada minggu ini ialah mengenai Web 2.0 oleh Dr. Fariza. Web 2.0 ini merupakan liputan media yang menumpukan pada aplikasi umum atau perkhidmatan seperti blog dan video. Web 2.0 ini juga berfungsi sebagai medium perkongsian dan juga rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter. 

Ini merupakan contoh aplikasi umum atau perkhidmatan Web 2.0:

Picture
Picture

Walau bagaimanapun, tutorial pada hari ini dibatalkan. Mungkin kerana ramai para pelajar mahu pulang ke kampung kerana ingin menyambut Hari Raya Aidiladha... :). 


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada ayanda tercinta yang sedang mengerjakan haji , dan juga kepada seluruh umat Islam di dunia. :)
Picture
0 Comments

Minggu 3...

10/1/2014

1 Comment

 
26 September 2014  
Minggu ketiga kuliah bagi kursus Teknologi Pendidikan dan juga bermulanya kelas tutorial. Kelas tutorial saya adalah bersama dengan Dr. Fariza Khalid. Kelas tutorial ini bermula dari pukul 3 hingga 5 petang pada setiap hari jumaat. Kelas tutorial ini dimulakan dengan sesi perkenalan antara Dr. Fariza dan juga pelajar.  Kemudian, Dr. Fariza memberi gambaran mengenai tugasan-tugasan yang perlu dilakukan oleh pelajar secara individu dan juga kumpulan. 

Antara tugasan individu yang perlu dilakukan adalah membina blog pendidikan. Blogspot atau Wordpress biasanya menjadi pilihan pelajar dalam pembinaan blog, tetapi dalam kelas tutorial ini, Dr. Fariza telah mengarahkan supaya para pelajar menggunakan Weebly dalam pembinaan blog pendidikan. Dr. Fariza mengajar 'step by step' cara untuk menggunakan Weebly ini iaitu bermulanya daripada 'Sign In' , fungsi setiap 'icon' untuk tujuan 'edit' sehinggalah kepada 'Sign Out'. 

Dalam proses 'edit' ini. kita juga boleh menambah 'pages'. Tetapi, dalam proses untuk menambah 'pages' ini, kita mempunyai pilihan penambahan dan antaranya ialah 'standard page' dan 'blog page'. Terdapat perbezaan antara kedua-dua 'page' ini dan antaranya ialah apabila kita memilih 'blog page', 'post' yang dimuatnaik (update) adalah mengikut turutan iaitu yang baru akan berada diatas sekali tetapi apabila kita memilih 'standard page' pula, ianya tidak tersusun. 


Saya berharap agar dapat mempelajari ilmu-ilmu baru yang masih belum saya terokai.   


1 Comment

Minggu 1 & 2...

10/1/2014

0 Comments

 
12 September 2014 
Hari ini merupakan hari pertama kuliah bagi kursus GGGE2153 Teknologi Pendidikan. Kuliah diadakan di DK43.102KTAMS selama 1 jam. Pensyarah pada minggu 1& 2 ialah Mejar Mohd Jasmy Abd Rahman. Penyampaian beliau semasa kuliah amat baik dan pandai menarik perhatian pelajar. Minggu 1& 2 ini, fokus kuliah adalah lebih kepada pengenalan terhadap kursus dan juga konsep teknologi pendidikan. 

Ini merupakan Proforma Kursus GGGE2153 Teknologi Pendidikan :
0 Comments
    Picture

    Author 

    I'm student of The National University of Malaysia. 

    Archives

    December 2014
    November 2014
    October 2014

    Categories

    All

    RSS Feed

    My Friends' Blog

    
    AIDA AFANDI
    ANIS AQILAH KAMAL
    ROZIE ADENAN
    SITI NUR WAHIDA ROSLI
    NUR AMANINA BTE MOHD KHAIRUDDIN
    NUUR THAQIFAH MOHD TAHIR
    NORAFIZA BINTI AZIZAN
    NURSYAZWANI MAHADI
    AMALINA MOHD HASHIM
    NURUL IZATUL AFZAN ARIFFAM
    MUHAMMAD SAUFI BIN ABUZAKI
    JENNY KALAIARASI A/P KALAUCHAN
    NORSUZAWANI SUDIN
    IKLIL KAMARUL ZAMAN
    SITI NORSALIHAH ZULKARNAIN
    AL-MUHDI BIN SAWAL
    NURUL FARAH SUZANA MOHAMAD AZAMAN
    NOR SURIA RUSTIY HATIEKAL RUSLAN
    MUHSIN ABLLAH





Powered by Create your own unique website with customizable templates.