Teknologi Pendidikan
  • Reflection
  • About Me
  • Assignment
  • Blog Pendidikan

Penipisan lapisan ozon

12/1/2014

0 Comments

 
1.0  Pengenalan Penipisan Lapisan Ozon
Pada permukaan bumi, terdapat satu lapisan gas yang dinamakan sebagai lapisan ozon. Lapisan ozon ini mula dikenali oleh seorang ilmuwan dari Jerman yang bernama Christian Friedrich Schonbein pada tahun 1839. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesostera dan ia terletak di antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi. Ozon (O3) merupakan sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul yang berwarna biru pucat. Lapisan ozon adalah lapisan yang boleh dijumpai di atmosfera kita. Atmosfera dibahagi kepada 5 lapisan, iaitu troposfera, stratosfera, mesosfera, thermosfera dan exosfera. Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera untuk melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Ia mampu untuk menyerap radiasi ultra ungu yang bahaya dan menghalang menembusi ke permukaan bumi.
Penipisan Lapisan Ozon merupakan keadaan di mana lapisan ozon berada di bahagian stratosfera mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC, iaitu kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinar ultraungu memancar terus ke bumi. Masalah penipisan lapisan ozon pernah menggemparkan seluruh dunia apabila saintis telah menemui lubang ozon pada tahun 1987. Penemuan ini berlaku di kawasan Antartika. Dengan kata lain, penipisan lapisan ozon bermaksud proses di mana lapisan ozon menjadi nipis. Fenomena ini berlaku adalah apabila jumlah molekul ozon di dalam lapisan menjadi sedikit dari hari demi hari. Impak daripada pengurangan molekul ozon penyebabkan lapisan ozon menjadi semakin nipis.

2.0  Kegunaan  Lapisan Ozon 
Lapisan ozon sangat penting kerana ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari matahari untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi dalam bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya. Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 hingga 315 nanometer yang dikenali UV-B dan ia merosak hampir semua kehidupan. Dengan menyerap radiasi UV-B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi dari efek radiasi yang merosak kehidupan.

3.0 Punca Penipisan Lapisan Ozon
3.1 Penggunaan bahan kloroflourokarbon (CFC)
Kloroflourokarbon (CFC) merupakan penyumbang utama dalam penipisan ozon. Ia terdiri daripada klorin, flourin dan karbon. Lazimnya, penggunaan bahan ini dikaitkan dalam pembuatan penghawa dingin, aerosol, peti sejuk, dan juga melalui pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya di kilang-kilang elektronik. Dalam hal ini, kloroflorokarbon yang digunakan telah meningkatkan kadar penyingkiran ozon yang secara tidak langsung menyebabkan kemerosoton secara beransur-ansur dalam paras ozon global. Penyingkiran ozon yang berlaku ini akan menghakis lapisan ozon sedikit demi sedikit sehinggalah ianya menjadi lubang. Akhirnya, lapisan ozon ini akan mengalami kebocoran secara serius.
3.2 Peningkatan kegiatan perindustrian
Melalui kegiatan perindustrian asap mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida dibebaskan ke ruang udara menyebabkan haba terperangkap di lapisan troposfera dan mengalami kekurangan bahangan bumi dan menjadi semakin sejuk.
3.3 Pelepasan gas nitrogen oksida
Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom, nuklear, pelancaran roket. Contohnya pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah. Contohnya negara Amerika, India, Pakistan. Selain itu, jet supersonik yang menembusi atmosfera bumi akan membebaskan gas-gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida dan sebagainya. Gas-gas ini akan kekal di atmosfera bumi dan menyebabkan molekul-molekul ozon akan bertindak-balas terhadap gas tersebut dan akhirnya penghakisan lapisan ozon akan berlaku.
3.4 penyahutanan secara meluas
Tumbuh-tumbuhan berperanan membebasakan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis. Namun, penyahutanan secara meluas menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.
3.5 Bilangan kenderaan bermotor
Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri. Oleh itu, bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa. Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.

4.0 Akibat Penipisan Lapisan Ozon
Penipisan lapisan ozon ini, nyata mengundang pelbagai risiko dan implikasi terhadap hidupan di muka bumi.
4.1 Kesan terhadap kesihatan manusia
Kesihatan manusia merupakan ancaman utama yang paling ketara. Penyakit yang paling serius ialah kanser kulit. Dalam hal ini, pancaran ultra ungu yang mempunyai gelombang antara 290-320 namometer boleh mengakibatkan penyakit barah kulit seperti melanoma. Penyakit ini terjadi apabila gen-gen dalam kromosom mengalami mutasi yang menyebabkan pembahagian sel-sel tidak sistematik lantaran daripada pancaran ultra ungu yang terlalu kuat. Berdasarkan kajian para saintis, pengurangan 1% dalam lapisan ozon akan menyebabkan pertambahan sebanyak 5% dalam kes penyakit kulit. Masalah ini amat ketara di negara-negara barat kerana kebanyakkan penduduknya berkulit putih yang lebih sensitif dan berisiko terhadap pancaran ini. Selain itu, pancaran ultra ungu ini juga akan menyebabkan penyakit mata. Seseorang yang terlalu lama terdedah kepada pancaran ultra ungu ini akan menghidap penyakit katarak mata yang boleh menyebabkan buta, lantaran daripada ketumbuhan selaput putih yang menutupi anak mata. Penduduk-penduduk yang kurang mampu membiayai pembedahan mata dan membeli cermin mata bagi mengelakkan pancaran ini akan lebih terdedah kepada risiko penyakit katarak. Selain itu, pertambahan sinar utraungu juga akan memusnahkan urat saraf, kecacatan anggota daya ketahanan serta mengurangkan pengeluaran antibodi badan dan melemahkan sistem uminiti badan dan gangguan pernafasan. Kajian juga menunjukkan bahawa radiasi ultraungu boleh merosakkan sistem imunisasi manusia, menyebabkan seseorang itu menjadi lemah dan tidak berdaya untuk menentang ancaman penyakit seperti radang paru-paru.
4.2 Perubahan Iklim Dunia
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu berlebihan lalu menyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon menyeababkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera menyebabkan suhu bumi sejuk.
4.3 Kenaikan Aras Lautan
Penipisan lapisan ozon ini akan menyebabkan peningkatkan suhu bumi. Suhu bumi yang melebihi paras normal akan mengakibatkan glasier di utara Artik dan Kutub Antartika akan mula mencair. Fenomena pencairan yang berlaku ini seterusnya menyumbang kepada peningkatan isipadu air laut dan akan menyebabkan kawasan tanah rendah lenyap di telan laut. Contohnya Pulau Maldives, Bangladesh, Amazon di Amerika dan beberapa kawasan lain. Lantaran itu, menjelang tahun 2020, pakar-pakar saintis meramalkan paras laut akan naik sebanyak 5 meter hingga 7 meter dan akan menenggelamkan kawasan-kawasan rendah.

4.4 Kesan terhadap ekosistem dan hidupan Akuatik
Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultraungu mengganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton. Hidupan laut yang bergantung kepada plankton ini juga akan semakin berkurangan dan mungkin akan mengalami kepupusan lantaran daripada ketiadaan sumber makanan. Ini akan menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.
4.5 Kesan terhadap ekosotem Daratan
Penipisan lapisan ozon menyebabkan sinaran ultraungu meningkat dan memusnahkan sel dan mikroorganism yang terdapat di dalam badan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Radiasi ultraungu 8 boleh mengurangkan hasil tanaman kerana ia bukan saja mengurangkan kandungan air dalam tumbuh-tumbuhan, bahkan menjejaskan proses fotosintesis. Umpamanya, kajian yang dijalankan oleh ahli botani Alan Teramura dari Universiti Maryland, Amerika Syarikat, menunjukkan bahawa kandungan lemak dan zat protein untuk tanaman kacang soya merosot apabila terkena pancaran ultraungu.

5.0 Langkah-langkah mengatasi Penipisan Lapisan Ozon
Namun begitu terdapat beberapa langkah yang dapat di ambil bagi mengawal atau membendung masalah penipisan lapisan ozon ini.
5.1 Pengurangan penggunaan bahan CFC
Untuk membendung masalah penipisan lapisan ozon, kita perlu mengurangkan penggunaan bahan CFC. Antaranya ialah  dengan mencari bahan alternatif lain bagi menggantikan penggunaan kloroflorokarbon dalam pelbagai industri. Dalam hal ini, pihak tertentu seharusnya meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti kloroflorokarbon. Contohnya, melalui penggunaan gas helium yang telah dikaji dan mampu digunakan dalam alat penghawa dingin sebagai agen pendingin. Hal ini dapat dibuktikan melalui teknologi tanpa kloroflorokarbon dalam perindustrian alat pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat Interlink Corporation di Malaysia.
5.2 Melalui persidangan
Pengawalan penggunaan kloroflorokarbon ini juga boleh dilakukan dengan mengadakan konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Dalam hal ini, kerjasama dan komitmen daripada pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan badan pencinta alam sedunia adalah penting. Konvensyen ini akan mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua negara yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para ketua negara dan saintis yang telah dilakukan termasuklah konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac 1985, susulan dari itu satu peraturan antarabangsa bagi menyekat dan mengawal pengeluaran serta penggunaan kloroflorokabon yang dikenali sebagai protokol telah dipersetujui. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memerangi pengunaan bahan kloroflorokarbon. Hal ini dapat dibuktikan melalui  persidangan antarabangsa mengenai ozon tropika dan perubahan dalam atmosfera yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 20 hingga 23 Februari 1990. Begitu juga dengan negara Singapura yang telah mengambil tindakan mengharamkan penggunaan alat pengdingin udara kenderaan.
5.3 Kempen kesedaran dan badan sukarela
Badan-badan sukarela sepeti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi, ceramah dan bengkel. Melalui kempen ini, rakyat akan didedahkan dengan kesedaran mengenai penipisan lapisan ozon supaya semua pihak boleh berganding bahu untuk mentelesaikan masalah ini.
5.4 mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan
Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju membangun menyebabkan pemanasan global berlaku. Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartaka kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi. Selain itu, konsep penghijauan juga disemai kepada rakyat supaya karbon dioksida yang berlebihan dapat dikurangkan.

5.5 Kesedaran melalui pendidikan
Pihak kementerian perlu menerapkan isu-isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti geografi dan sains. Dengan penerapan nilai dalam pendidikan, kesedaran murid-murid atau pengguna-pengguna dapat ditingkatkan. Kesedaran pengguna akan mengurangkan pembakaran terbuka dan mengurangkan kegunaan bahan CFC. Dalam sektor pertanian, pengguna perlu menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik dan teknik kawalan biologi untuk menjaga lapisan ozon kita.
5.6 Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974
Akta ini akan memberi dendaan, kompaun atau menarik lesen ke atas penyumbang punca penipisan lapisan ozon. Laporan EIA (Environment Impact Assessment) bagi projek pembangunan perlu dihantar kepada Pengarah JAS.

6.0 Akta dan Agen yang Terlibat
Dalam tahun 1975, dikhuatirkan aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu atas permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulai Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi pemantauan dan penyelidikan ozon dalam jangka panjang. Pada tahun 1977, pertemuan pakar UNEP mengambil tindakan Rencana Dunia terhadap lapisan ozon. United Nation Environment Programme (UNEP) juga mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap lapisan ozon pada tahun 1987, dibuat satu kesepakatan dunia mengenai pengurang pengeluaran. UNEP mengambil Protokol Montreal atas bahan yang mengurangi lapisan ozon.
Pada tanggal 16 September, masyarakat di muka bumi ini memperingati Hari Ozon Sedunia. Perserikatan Bangsa-Bangsa (PBB) menetapkan tanggal 16 September sebagai Hari Ozon Internasional, sesuai dengan tanggal penandatanganan Protokol Montreal, 16 September 1987.

7.0 Penutup
Penipisan lapisan ozon berfungsi sebagai penapis yang menapis cahaya lampau ungu dari sinaran matahari yang merbahaya kepada kehidupan di bumi. Namun demikian, lubang ozon di Antartika telah dikesan oleh saintis pada tahun 1987.
Masalah ini telah menjadi semakin serius kerana tingkah laku manusia yang tidak bertanggungjawab, iaitu penggunaan CFC yang berlebihan, penyahutanan secara berleluasa, pelepasan gas nitrogen dioksida dan karbon dioksida yang berlebihan. Penipisan lapisan ozon telah membawa banyak kesan negatif terhadap benda hidup. Antara yang paling serius ialah penyakit barah kulit.
Masalah penipisan lapisan ozon telah kian serius pada zaman kini. Oleh itu, semua manusia haruslah memandang serius masalah ini. Kita haruslah berupaya dan bekerjasama untuk mengurangkan atau mencegah penipisan lapisan ozon supaya generasi yang akan datang dapat menikmati alam sekitar yang baik.
0 Comments

Cuaca & Iklim Malaysia

11/29/2014

18 Comments

 
Negara kita mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Iklim ini dialami oleh kawasan yang terletak pada atau berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Terdapat empat ciri-ciri iklim di Malaysia iaitu :

1. Iklim
  • Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa
  • Panas dan lembap sepanjang tahun
  • Siang dan malam hampir sama panjang setiap hari
2. Suhu
  • Suhu yang tinggi sepanjang tahun
  • Min suhu tahunan adalah kira-kira 27oC
  • Julat suhu tahunan adalah kecil kira-kira 1oC hingga  3oC
3. Angin
  • Dipengaruhi oleh sistem angin utama
           - Angin Monsun Timur Laut
           - Angin Monsun Barat Daya
           - Angin Sumatera
  • Sistem angin tempatan
           - Bayu laut
           - Bayu darat
4. Hujan
  • Hujan lebat sepanjang tahun
  • Jumlah hujan tahunan ialah kira-kira 2600mm
  • Kebanyakannya hujan perolakan
  • Hujan maksimum turun pada musim peralihan monsun di kebanyakan kawasan.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Cuaca Dan Iklim Malaysia

1. Kedudukan
  • Kedudukan Malaysia berhampiran Khatulistiwa menyebabkan suhunya tinggi
2. Ketinggian
  • Ketinggian mempengaruhi suhu di sesuatu tempat. Contohnya
  •  Kuala Lumpur (39m) - Min suhu tahunan (26oC) 
         - Tanah Tinggi Cameron (1448m) - Min suhu tahunan (18oC)
  • Setiap kenaikan 165m, suhu turun  1oC
  • Semakin tinggi sesuatu tempat semakin rendah suhunya

3. Angin Monsun
  • Angin monsun menyebabkan taburan hujan di Malaysia
  • Taburan hujan:
    • Kawasan paling lebat ialah Bukit Larut
    • Kawasan sangat kering ialah Kuala Pilah
4. Kepulauan
  • Kawasan yang berhampiran dengan laut mempunyai julat suhu yang lebih besar
  • Kawasan pedalaman mempunyai julat suhu yang lebih kecil. Contoh:
    • Kuala Pahang (6.4oC)
    • Temerloh (9.4 oC)
18 Comments

kejadian 4 musim  :)

11/29/2014

3 Comments

 
Picture
Kejadian 4 Musim

  • Kejadian empat musim berlaku disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari.
  • Pergerakan bumi ini adalah mengikut lawan pusingan jam yang mengambil masa kira-kira  365¼ hari.
Picture
a)  Ekuinoks Musim Bunga

  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim bunga di Hemisfera Utara
  3. Musim luruh di Hemisfera Selatan
  4. Siang dan malam sama panjang
b) Solstis Musim Panas
  1. Matahari tengah hari tegak di atas Garisan Sartan
  2. Musim panas di Hemisfera Utara
  3. Musim sejuk di Hemisfera Selatan
  4. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  5. Matahari tengah malam di Kutub Utara

c) Ekuinoks Musim Luruh
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Khatulistiwa
  2. Musim luruh di Hemisfera Utara dan musim bunga di hemisfera Selatan
  3. Siang dan malam sama panjang di seluruh dunia

d) Solstis Musim Sejuk
  1. Matahari tengah hari tegak di Garisan Jadi
  2. Musim Sejuk di Hemisfera Utara dan musim panas di Hemisfera Selatan
  3. Siang lebih panjang di Hemisfera Selatan
  4. Matahari tengah malam di Kutub Selatan




3 Comments

PLANET-PLANET DALAM SISTEM SURIA

11/28/2014

32 Comments

 
Terdapat lapan planet dalam sistem suria iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. 

Picture
UTARID

Picture
Merupakan planet yang paling hampir dengan Matahari kira-kira 57.9 juta km. Ia juga merupakan planet yang terkecil dalam sistem suria. Diameternya adalah 40% lebih kecil daripada Bumi dan 40% lebih besar daripada Bulan.Permukaan di Utarid adalah lebih kurang sama dengan permukaan Bulan contohnya kawah-kawah asteroid dan tebing yang puluhan kilometer tinggi.Di permukaan Utarid, matahari kelihatan dua setengah kali ganda lebih daripada saiznya di Bumi. Namun, disebabkan ketiadaan atmosfera, cahaya tidak dapat diserakkan. Akibatnya, langit kelihatan gelap seperti di angkasa lepas. Di permukaan Utarid juga, Zuhrah dan Bumi kelihatan seperti bintang yang sangat cerah.

ZUHRAH

Picture
Zuhrah atau Kejora (Venus) merupakan planet kedua terdekat dengan matahari. Saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya adalah hampir sama dengan Bumi. Zuhrah tidak mempunyai lautan tetapi mempunyai atmosfera yang mengandungi peratus gas karbon dioksida yang tinggi, tidak mempunyai wap air tetapi mempunyai titisan asid sulfurik. Dikenali sebagai "rumah hijau" kerana mempunyai gas karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosfera.Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid. Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.

BUMI
Picture
BUMI merupakan planet ketiga daripada matahari. Rumah kepada jutaan spesies, termasuklah manusia, bumi juga merupakan satu-satunya tempat di dalam semesta di mana kehidupan diketahui wujud. Pembuktian saintifik menunjukkan bahawa planet ini telah terbentuk kira-kira 4.54 billion tahun yang lalu, dan kehidupan muncul di permukaannya di dalam tempoh satu bilion tahun. Bumi dijangkakan telah berusia selama 4,600 juta tahun. Jarak purata Bumi dengan matahari adalah 149.6 juta kilometer.

Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.

MARIKH
Picture


Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.

MUSYTARI
Picture






Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.
  

ZUHAL

Picture



Zuhal
 merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit planet ini.

URANUS
Picture





Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama denganNeptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.
Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.

NEPTUN
Picture









Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.

32 Comments

GEOGRAFI TINGKATAN 1 (BAB 6)

11/28/2014

3 Comments

 
BENTUK MUKA BUMI

  • Memahami kepelbagaian bentuk muka bumi di malaysia
  • Menghuraikan dengan contoh kedudukan dan keistimewaan pelbagai bentuk muka bumi Malaysia
  • Memahami sistem gunung lipat muda dan gunung lipat tua
  • Mengetahui taburan tanah pamah dan dataran di Malaysia
  • Memahami profil panjang dan profil rentas sungai.


Kedudukan Malaysia
  • Malaysia terletak berhampiran dengan garisan Khatulistiwa di tenggara benua Asia.
  • Malaysia terdiri dari 13 buah negeri dan 3 buah Wilayah Persekutuan
  • Kedudukan Malaysia di bahagian tengah kepulauan benua Asia menyebabkan Malaysia dikelilingi oleh kawasan perairan berikut.
  • Terletak di persimpangan jalan laut dan laluan antarabangsa
  • Terletak di luar Lingkaran Api Pasifik
  • Mempunyai pelbagai bentuk muka bumi yang menggalakkan pelbagai kegiatan ekonomi dijalankan.


Bentuk muka bumi di Malaysia terdiri daripada :
►Tanah tinggi
►Tanah pamah
►Lembangan
►Pinggir laut

Ciri-ciri utama tanah tinggi
  • Merupakan banjaran gunung yang tinggi dan agak selari
  • Terbentuk daripada hasil proses lipatan kerak bumi
  • Terdiri daripada batu granit dan batu kapur
  • Terletak di kawasan yang stabil dan bebas daripada kegiatan gunung berapi serta gempa bumi.


Banjaran-banjaran utama di Malaysia
a) Banjaran Titiwangsa
 menganjur dari sempadan Thailand ke negeri sembilan di selatan.
 Merupakan tulang belakang bagi semenanjung Malaysia.
 Merupakan banjaran terpanjang di Malaysia
 Juga dikenali sebagai Banjaran besar
 Mempunyai 3 pusat peranginan:
• Tanah Tinggi Cameron
• Tanah Tinggi Genting
• Bukit Fraser
b) Banjaran Tahan
 Merupakan banjaran tertinggi di Semenanjung Malaysia
c) Banjaran Crocker
 Banjaran gunung terbesar dan tertinggi di Malaysia
 Kemuncak tertinggi ialah Gunung Kinabalu (4 104 m), iaitu 
gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara
 Taman Negara Kinabalu terletak di banjaran ini.
d) Banjaran Tama Abu
 Banjaran utama di Sarawak.
 Kemuncak tertinggi ialah Gunung Murud (2 425 m), iaitu gunung tertinggi di Sarawak.

Gunung lipat muda 
 Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu
 Tidak stabil dan terdapat aktiviti gunung berapi
 Lebih tinggi dan kasap kerana kesan pengondolan masih kurang
 Dataran-dataran tinggi yang 
luas
 Contoh:
•Banjaran Barisan
•Banjaran Himalaya
•Banjaran Sulaiman
3 Comments

    Archives

    December 2014
    November 2014

    Categories

    All

    RSS Feed


Powered by Create your own unique website with customizable templates.