Bumi mempunyai lapisan udara dan medan magnet yang dipanggil magnetosfera yang melindung permukaan Bumi daripada angin suria, sinaran ultra merbahaya, dan radiasi dari angkasa lepas. Lapisan udara ini menyelitupi bumi sehingga ketinggian 700 kilometer dan yang selebihnya dianggap angkasa lepas. Lapisan udara ini dibahagi kepada Troposfera, Stratosfera, Mesosfera, Termosfera, dan Eksosfera.
Marikh merupakan planet ke 4 dari matahari dalam sistem suria dan dinamakan sempena warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan deimos. setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida.
Musytari merupakan planet kelima dan terbesar di dalam Sistem Suria. Terdapat lingkaran Asteroid kebanyakannya mengelilingi Matahari antara planet Marikh dan Musytari.
Zuhal merupakan planet yang keenam dari Matahari dan planet kedua terbesar di dalam Sistem Suria, selepas Musytari. Zuhal, bersama-sama dengan Musytari Uranus dan Neptun, diklasifikasikan sebagai sebuah planet gergasi bergas. Zuhal mempunyai satu sistem gelang atau cincin yang utama terdiri kebanyakkannya dari air batu dengan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu. Terdapat 60 bulan mengorbit planet ini.
Uranus merupakan planet ketujuh daripada matahari. Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Komposisi planet Uranus adalah sama denganNeptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal.Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakkannya terdiri daripada ais dan batu.
Neptun merupakan planet yang terakhir dan paling jauh dari Matahari dalam Sistem Suria.